Skip to main content

Panduan Menghindar Sakit Belakang


SAKIT belakang berlaku apabila anda cuba mendapatkan badan untuk melakukan sesuatu di luar kemampuannya. Sakit ini tidak selalunya menunjukkan masalah yang lebih serius, malah kira-­kira 80 hingga 90 peratus sembuh dalam tempoh dua hingga tiga minggu.
.
Namun, kata Dr. Ozlan Izma, ada juga sesetengah keadaan sakit belakang menjadi lebih serius. Misalnya jika berasa sakit belakang disertai dengan menyucuk ke bawah kaki, kehilangan kawalan pundi kencing atau demam.
.
“Namun, bukan semua sakit belakang berkaitan slip disc. Kebanyakan pesakit yang mempunyai sakit belakang, menganggap mereka mempunyai masalah slip disc. Sakit belakang sebenarnya dikaitkan dengan masalah terseliuh pinggang misalnya duduk terlalu lama. Contohnya jika seseorang duduk terlalu lama, postur tersebut akan menekan otot dan tulang seterusnya sendi akan menjadi kaku atau keras.
.
“Kemudian, otot akan menjadi lemah. Dalam masa sama, anda melakukan kerja di luar kebiasaan seperti mengangkat barang. Ini akan menyebabkan pinggang terseliuh dan sakit belakang,” jelasnya.
.
Kebiasaannya pesakit akan diberikan ubat mengurangkan bengkak dan sekali gus mengurangkan sakit belakang. Ubat tersebut tidak semestinya ubat tahan sakit. Selain itu, urutan dan senaman regangan juga boleh meredakan keradangan sakit belakang.
.
Bagi mereka yang berasa sakit atau tegang pada bahagian belakang, anda boleh tuam dengan air batu atau pad ais. Dr. Ozlan Izma berkata, hancurkan ais batu, kemudian balut dengan plastik dan kain kering kemudian tuam pada bahagian yang sakit selama sepuluh minit.
.
Bagi mereka yang bekerja dan banyak duduk, sebaik-baiknya duduk dengan teknik yang betul. Tidak ketinggalan, lakukan regangan setiap 30 minit untuk mengelak sakit belakang.

Iritasi saraf
Menurut Dr. Ozlan Izma, ramai yang salah faham tentang slip disc dan istilah sebenar masalah ini ialah iritasi saraf yang disebabkan disc terluka.
.
Disc merupakan tulang rawan di antara segmen-segmen tulang belakang dan berfungsi sebagai penyerap hentakan dan membolehkan pergerakan (mobiliti) tulang belakang. Ia merosot dengan umur iaitu disc kehilangan kelembapannya. “Harus diingatkan bahawa bukan semua disk yang merosot menyebabkan sakit belakang.
.
Ini kerana slip disc berlaku apabila disc yang merosot, menonjol dan menekan atas saraf tunjang. Tanda-tandanya ialah sakit belakang yang diiringi oleh sakit menuju ke kaki dan bawah paras lutut. Rasa sakit itu seperti piasu yang menghiris, menyucuk dan kebas.
.
“Iritasi saraf sebenarnya mudah dirawat. 70 peratus boleh sembuh dengan mengambil ubat yang betul. 20 peratus pula melalui suntikan epidural iaitu menyuntik ubat dengan tepat pada kawasan yang sakit. Selebihnya boleh dirawat dengan pembedahan sebagai pilihan akhir. Ada juga rawatan lain untuk iritasi saraf seperti fisioterapi,” katanya.
.
Kebanyakan penyakit pada hari ini sebenarnya berpunca daripada gaya hidup tidak sihat. Kewujudan teknologi sebenarnya melancarkan kehidupan seharian manusia tetapi sebaliknya teknologi menyebabkan orang ramai tidak mengamalkan gaya hidup aktif seperti masyarakat dahulu kerana leka dengan gajet di tangan.
.
Tidak hairanlah golongan muda turut diserang pelbagai penyakit termasuk sakit belakang. Oleh itu, mereka perlu kekal aktif bagi mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik dan digalakkan melakukan aktiviti di luar rumah seperti bersenam atau beriadah.
.
Panduan menghindar sakit tulang belakang

Mengangkat barang
Bengkokkan kaki, bukan tulang belakang anda. Bawa beban rapat pada tubuh. Keraskan otot perut sewaktu mengangkat.
Dapatkan bantuan orang lain sekiranya anda sukar untuk mengangkat berseorangan.

Duduk
Rapatkan punggung dan sandarkan belakang pada penyandar tempat duduk sepenuhnya untuk mengurangkan tekanan pada cakera tulang belakang.
Pastikan ketinggian tempat duduk sesuai dan kedudukan paha selari dengan lantai.
Campurkan aktiviti dengan senaman/regangan/berjalan.

Memandu
Duduk tegak dan gerakkan tempat duduk ke hadapan supaya lutut selaras dengan pinggang.
Sokong bahagian bawah belakang menggunakan tuala yang digulung atau penyokong jika perlu.

Tidur
Tidur di atas katil yang tidak terlalu lembut dan tidak terlalu keras.
Apabila tidur mengiring, bengkokkan sedikit lutut supaya bersentuhan atau apabila tidur menelentang, letakkan bantal di bawah lutut.

Berdiri dan Berjalan
Tukarlah posisi berdiri dengan kerap jika perlu berdiri lama.
Berdiri tegak dengan kepala lurus memandang ke hadapan dan luruskan belakang badan.
Berjalan dengan cara yang betul, dagu ke dalam, kepala tegak memandang ke hadapan dan jari-jari kaki mengarah ke hadapan. Pakailah kasut yang mempunyai tumit rendah dan selesa.

Bekerja Duduk/ Berdiri Lama

Perlu memastikan postur Badan tegak dengan BETUL apabila Duduk atau Berdiri lama semasa bekerja. Boleh mengenakan alat bantuan seperti Korset bagi wanita. Korset yang berkualiti dan baik akan mempunyai tulang yang selesa di Bahagian tengah untuk menyokong pinggang pengguna seterusnya membenarkan Tulang Belakang berada di tempat yang BETUL.

Comments

MOST VIEWED

5 Tips Kecilkan Punggung dan Peha Lebar Dengan Cepat

Anggota badan wanita yang paling senang berubah bentuk bila berat badan bertambah ialah punggung & juga peha. Betul tak? Kalau yang baru lepas bersalin, pasti ingin mengembalikan bentuk punggung yang asal & mengecilkan peha. Kalau yang masih single pun ada juga menghadapi keadaan yang sama. Terutama yang rutin kerja harian lebih banyak duduk.  Jadi, ekin ingin kongsikan 5 TIPS KECILKAN PUNGGUNG & PEHA LEBAR DENGAN CEPAT! 1) Senaman Kardio Senaman ini boleh dilakukan sama ada di dalam atau di luar rumah. Ia juga dikenali sebagai senaman aerobik atau senamrobik yang banyak memerlukan pergerakan badan. Untuk mengecilkan punggung, anda perlu fokus pada senaman yang memberikan kesan pada kaki & punggung. Contoh senaman: A) Jogging naik turun tangga B) Berlari  C) Mengayuh basikal D) Kick Boxing Ianya boleh dilakukan di luar rumah atau di taman. Kalau ada bujet lebih, boleh lah beli alat senaman seperti treadmill atau basikal sen...

3 Cara DIY Memutihkan Gigi Anda dan Dapatkan Senyuman seperti Bintang Filem!! - Tiada bahan kimia yang keras diperlukan

It's that time of year again: You have to remain photo-ready from the first holiday party to the ringing of the New Year. Whitening your smile is imperative, but finding the time for a dentist visit isn't always in the cards. And sometimes, you don't want to apply a cocktail of chemicals to your teeth to make your pearly whites a little brighter. Luckily, you don't have to—just try these simple DIY alternatives.   1. Hydrogen Peroxide and Baking Soda Paste "Baking soda and hydrogen peroxide are among the oldest at-home teeth whitening remedies," says Keith Arbeitman, a dentist at New York-based  Arbeitman and Shein . "People have found real results from rinsing with diluted hydrogen peroxide for a few seconds." He also recommends mixing baking soda and hydrogen peroxide into a paste and using it in lieu of a traditional toothpaste. Simply add a few drops of three percent hydrogen peroxide to plain baking soda and mix it until it forms a paste—t...

9 Kesilapan Yang Selalu Dibuat Semasa Berpantang Sendiri. Elakkan!

“‘Apa nak buat, Mak bukannya sihat sangat nak jaga aku. Nanti menyusahkan mereka pula. Kalau menumpang rumah mertua rasa segan pula sebab suami tak ada sekali. Terpaksalah aku berdikari dan berpantang sendiri.” Sebagai insan terpilih, usah cemburu pada mereka yang boleh balik kampung untuk berpantang atau bawa Mak datang untuk menjaga anda di rumah. Atas desakan kehidupan masa kini, sebenarnya makin ramai yang berpantang sendiri – dan mereka mampu melakukannya. Walaupun rejim berpantang yang kita tahu adalah agak ketat dan menyukarkan, tidak semestinya kita perlu mengikutnya 100%. Anda boleh menjadikan amalan berpantang sendiri lebih praktikal dengan mengetahui tips dan memberi penekanan kepada perkara yang penting. 9 KESILAPAN SEMASA BERPANTANG SENDIRI. JANGAN AMBIL RINGAN! Semasa berpantang sendiri, kita memang ada kecenderungan untuk menjadi ‘malas’ atau ‘mengelat’ kerana tiada siapa yang memantau. Jangan begitu. Walaupun sekara...

TAKUT BERJEMUR ELAK SUNBURN ?

Anda macam saya tak . Kalau nak berjemur je berfikir fikir segala macam. Mesti sebab malas nak tunggu kulit muka dapat recover balik ke kulit yang asal kan? haha Ni google-google, bolehlah share sikit dengan semua TIPS nak hilangkan sunburn. Mana tahu kot kot membantu korang. BAGAIMANA   SUNBURN  BOLEH BERLAKU? Kulit mempunyai pigmen yang dikenali sebagai melanin. Ia berperanan menentukan corak dan warna kulit, serta melindungi kulit daripada radiasi cahaya ultra ungu. Melanin merupakan mekanisma semulajadi kulit tetapi pendedahan kepada sinaran matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi melanin kulit dan menyebabkan  sunburn . Sunburn  akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit sensitif lebih mudah terkena  sunburn . Orang berkulit cerah juga mempunyai kandungan melanin yang rendah dan mereka juga...