Anda macam saya tak . Kalau nak berjemur je berfikir fikir segala macam. Mesti sebab malas nak tunggu kulit muka dapat recover balik ke kulit yang asal kan? haha
Ni google-google, bolehlah share sikit dengan semua TIPS nak hilangkan sunburn. Mana tahu kot kot membantu korang.
BAGAIMANA SUNBURN BOLEH BERLAKU?
Melanin merupakan mekanisma semulajadi kulit tetapi pendedahan kepada sinaran matahari yang lama akan menyebabkan radiasi cahaya ultra ungu mengatasi melanin kulit dan menyebabkan sunburn.
Sunburn akan berlaku sekiranya kulit terdedah kepada sinaran matahari secara langsung melebihi 30 minit. Kanak-kanak dan warga tua yang memiliki kulit sensitif lebih mudah terkena sunburn.
Orang berkulit cerah juga mempunyai kandungan melanin yang rendah dan mereka juga lebih mudah terkena sunburn daripada orang yang berkulit gelap.
BAGAIMANA MENGELAKKAN DARI TERKENA SUNBURN?
1. Anda harus menghindari sinaran matahari diantara 10 pagi dan 3 petang, kerana waktu inilah radiasi ultra ungu sangat kuat.
2. Jika anda harus melakukan aktiviti luar rumah, anda harus menggunakan losyen penghalang/penapis cahaya (sunblock/sunscreen).
APA BEZA SUNBLOCK DAN SUNSCREEN?
Sunblock bertindak menghalang cahaya matahari dan memantulkan radiasi ultra ungu daripada terkena kulit. Ia mengandungi Zink Oksida atau Titanium Dioksida. Sunblock hanya memberikan perlindungan kepada kulit secara luaran dengan menghalang radiasi Ultra Ungu Beta (UVB). Ia sesuai digunakan oleh mereka yang mempunyai kulit sensitif.
Manakala, sunscreen meresap ke dalam lapisan dermis kulit dan mampu menangkis radiasi Ultra Ungu Alpha (UVA). UVA merosakkan kulit lebih teruk berbanding UVB. Sunscreen mengandung Avobenzone dan Oxybenzone. Maka tidak sesuai digunakan mereka yang mempunyai kulit sensitif.
TERDAPAT TIGA TAHAP SUNBURN:
1. Sunburn tahap pertama atau ringan – Kulit kemerah-merahan, disertai dengan rasa sakit.
2. Sunburn tahap kedua – Terdapat gelembung yang berisi cairan, disertai rasa sakit.
3. Sunburn tahap ketiga atau berat – Perlu perhatian Doktor dengan segera.
CARA-CARA MENGHILANGKAN DAN MERAWAT KULIT YANG TERKENA SUNBURN
Kulit manusia mampu untuk pulih sendiri. Sunburn tahap 1 biasanya akan pulih dalam masa 2 – 6 hari. Untuk membantu kulit anda pulih dan mengurangkan rasa tidak selesa, anda boleh menggunakan tip-tip yang berikut:
1. Gunakan losyen yang mengandung lidah buaya (aloe vera). Lidah buaya meringankan rasa perit pada kulit dan membantu tubuh menghasilkan sel kulit yang baru.
2. Gunakan krim hydrocortisone. Ini dapat mengurangkan radang kulit dan rasa gatal-gatal.
3. Gunakan yogurt. Yogurt yang tidak bercampur apa-apa perisa (Plain Yoghurt) membantu melembapkan kulit yang terkena sunburn.
4. Gunakan cuka. Tuangkan cuka putih atau cuka epal ke atas kertas tisu dan lekatkan pada bahagian kulit yang terkena sunburn. Ianya menghilangkan rasa perit.
5. Gunakan teh hitam atau teh hijau. Teh hitam atau teh hijau mengandungi tannins dan komponen lainnya yang yang dapat mengurangkan bengkak pada kulit atau rasa pedih akibat sunburn.
6. Gunakan timun dan kentang. Potongan timun atau kentang dapat menyejukkan kulit dan meredakan rasa sakit, rasa perit, rasa gatal-gatal dan bengkak.
7. Gunakan serbuk penaik (baking soda). Campurkan baking soda dengan cuka, lalu sapukan pada kulit yang terkena sunburn sebelum tidur dan biarkan semalaman.
8. Gunakan oatmeal. Jika bahagian kulit yang terkena sunburn luas, kisar satu mangkuk oatmeal, tuangkan dalam baldi dan gunakannya untuk mandi.
Comments
Post a Comment