Kadang-kadang apabila godaan datang, perut mula ‘memberontak’ untuk mendapatkan makanan yang sedap-sedap. Jangan bimbang, masih ada cara lain untuk membantu anda langsing tanpa perlu ‘ikat perut’. Cubalah rahsia kurus tanpa berlapar ini yang saya kongsikan dari
majalah rapi, moga bermanfaat buat anda.
7 Rahsia Kurus Tanpa Berlapar
1.MULAKAN PAGI DENGAN PROTEIN
Protein tanpa lemak membuatkan anda merasa kenyang lebih lama berbanding dengan makanan lain. Namun, waktu pengambilannya juga penting. Menurut penyelidikan di Purdue University, pengambilan protein tanpa lemak seperti putih telur atau yogurt rendah lemak ketika bersarapan akan membuatkan anda kenyang lebih lama berbanding pengambilan itu pada waktu yang lain. Joan Salge Blake dari klinik nutrisi di Boston University pula menyarankan supaya mengambil protein tanpa lemak sebanyak 30g ketika bersarapan.
2.NIKMATI LIMAU GEDANG (GRAPEFRUIT)
Pernah dengar tak Limau Gedang?
Kajian dari Nutrition and Metabolic Research Center di The Scripps Clinic, San Diego mendapati seseorang yang mengambil separuh limau gedang setiap kali waktu makan boleh menurunkan 1.6kg berat badan dalam tempoh 3 bulan. Selain itu, buah dari jenis limau bali yang berwarna kuning dan oren juga dapat menurunkan kadar hormon insulin yang mengawal gula darah dan metabolisme lemak.
3.PELUH ITU SEKSI
Senaman secara rutin bukan sahaja membakar kalori tetapi membantu anda mengurangkan pengambilan kalori. Menurut penyelidikan yang diterbitkan di American Journal of Physiology, latihan kardio intensiti tinggi selama 60 minit mampu mengurangkan selera makan sehingga dua jam. Ingin latihan yang maksimum? Lakukan latihan kardio dengan latihan invertal, iaitu latihan dari perlahan kepada laju yang dilakukan berulang kali dan berehat di atara latihan tersebut.
4.KATAKAN ‘YA’ PADA KENTANG
Menurut Katherine Beals, associate professor Jabatan Nutrisi di University of Utah, kentang termasuk dalam karbohidrat kompleks yang menghadam makanan dengan lebih lama dan mampu mengurangkan nafsu makan. Cubalah ambil kentang panggang (bukannya kentang goreng) untuk makan malam yang mengandungi 100 kalori.
5.KUNYAH SAHAJA
Hasil kajian oleh Kathleen Melanson, associate professor nutrisi dari University of Rhode Island, seseorang yang mengunyah gula-gula getah selama satu jam pada waktu pagi akan mengurangkan 67 kalori ketika makan tengahari. Ini kerana gula-gula getah dapat merangsang saraf pada rahang yang berhubung dengan otak yang bertanggungjawab memberi rasa kenyang. Jadi, pilihlah gula-gula getah yang rendah gula dan ia dapat mengurangkan nafsu makan dan juga membakar 11 kalori per jam.
6.HIDU AROMANYA
Pisang, epal hijau dan vanilla. Menurut Alan Hirsch, pengarah neurological di The Smell & Taste Treatmentand Research Foundation di Chicago, semakin kerap anda menghidu aroma-aroma ini, semakin banyak penurunan berat berlaku secara semulajadi. Jika tiada produk vanilla, anda boleh nyalakan lilin yang beraroma vanilla di meja makan atau dapur rumah.
7.TIDAK SALAH SEDIKIT LEMAK
Meninggalkan lemak dalam jadual pemakanan anda boleh memberikan kesan negatif. Namun untuk mengambilnya pula janganlah berlebihan. Menurut Sari Greaves dari American DieteticAssociation, pengambilan lemak tak tepu mestilah tidak melebihi 20% dari jumlah kalori harian. Contohnya, dua sudu makan mentega kacang, 20g kacang atau ¼ buah avokado.
P/s: Kongsikan artikel ini untuk manfaat mereka yang inginkan kuruskan badan dengan cara yang selamat
Comments
Post a Comment